« Home

Aspirasi Pilihan Perdana

Pilihanraya kampus sesi 2005/06 telah diadakan secara serentak di seluruh 17 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula pada 26 September 2005 hingga 29 September 2005. Hari penamaan calon diadakan pada 26 September 2005 dan hari pengundian pada 29 September 2005. Keputusan pilihanraya kampus pada tahun ini memihak kepada mahasiswa pro aspirasi yang mendominasi keseluruhan Majlis Perwakilan Pelajar di 17 IPTA.

Aspirasi Universiti telah menjadi pilihan perdana mahasiswa. Mahasiswa aspirasi berjaya menguasai sepenuhnya IPTA tempatan. Pada permulaan gelombang perubahan aspirasi, Aspirasi Universiti hanya menang satu universiti sahaja di Universiti Utara Malaysia pada 6 Disember 2005. Pilihanraya kampus IPTA tahun ini memperlihatkan kemenangan besar Aspirasi apabila memenangi peratusan kerusi sejumlah 98.39% berbanding hanya 1.81% bagi mahasiswa pro pembangkang. Sejumlah 416 kerusi telah dimenangi oleh pro aspirasi tanpa bertanding setelah proses penamaan calon ditutup pada 26 September 2005. Pada hari penamaan calon sahaja, pro aspirasi telah menang 109 calon di kerusi umum dan 311 kerusi di kerusi fakulti. Khabar-khabar angin mengatakan akan berlakunya pemboikotan dalam pilihanraya kampus tahun ini adalah tidak benar. Statistik menunjukan peratusan purata mahasiswa yang turun mengundi di seluruh IPTA iaitu sejumlah 81.55%. Peratusan turun mengundi yang paling tinggi ialah di Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu sejumlah 94.7%. Peratusan turun mengundi terendah ialah di Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM) iaitu sejumlah 57.7% sahaja. Proses pengundian tidak diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) kerana jumlah calon yang menawarkan diri dan jumlah kerusi adalah sama. Semua calon di ketiga-tiga universiti ini telah menang tanpa bertanding.

Antara isu “hangat” ialah kes saman seorang pelajar terhadap universiti di UIA. Mozahiri Shamsudin ( pelajar tahun akhir Fakulti Undang Undang UIA ) telah memfailkan injuksi terhadap UIA di Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 2005. Mozahiri bertindak menyaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana mendakwa pilihanraya kampus di UIA tidak adil dan mengenakan peraturan yang terlalu ketat kepada mereka yang ingin menjadi calon pilihanraya seperti peraturan memiliki CGPA 2.8 ke atas.

Mahasiswa pro pembangkang berkempen untuk memboikot pilihanraya di semua universiti dengan mengatakan bahawa pilihanraya tidak adakan secara telus dan adil. Pada 24 September 2005, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan demonstrasi di Parlimen mengutuk sistem pilihanraya kampus. SMM juga mendakwa seorang pegawai HEP telah memukul seorang pelajar ketika sedang mengedarkan risalah di Universiti Malaya. Isu ini cuba dimainkan di kalangan pelajar tetapi tidak berkesan kerana pelajar-pelajar lebih berminat untuk membincangkan soal-soal kebajikan kampus daripada memperkatakan tentang isu-isu yang tidak ada bukti yang sahih.

Berlakunya pertandingan dua penjuru antara mahasiswa pro aspirasi iaitu Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM) dan mahasiswa pro pembangkang yang dikenali sebagai Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya - GAGASAN (GMUM) di Universiti Malaya. MGMUM telah bertanding di semua 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti. GAGASAN meletakkan sejumlah 23 orang calon di kerusi umum dan 16 orang calon di kerusi fakulti. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) cuba untuk memalsukan cop rasmi Kolej Ke 10 dan letterhead Timbalan Hal Ehwal Pelajar UM dengan membuat surat menyatakan bahawa calon MGMUM yang bertanding telah menarik diri dalam pilihanraya kampus. Strategi ini tidak menjadi apabila MGMUM telah menang di 39 kerusi berbanding GAGASAN yang hanya menang di 2 kerusi Fakulti Akademi Pengajian Islam.

Berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Aspirasi dan Islam Penyelamat Ummah (IPU) di Universiti Kebangsaan Malaysia. TSB telah menghantar 33 orang calon iaitu sejumlah 11 orang di kerusi umum dan 21 orang calon fakulti manakala G9 (Aspirasi) menghantar 7 orang calon di kerusi umum dan 2 orang calon di kerusi fakulti dimana kesemuanya seramai 9 orang calon. IPU pula telah menghantar seramai 33 orang calon dimana pecahannya ialah 11 calon di kerusi umum dan 22 calon di kerusi fakulti. Persaingan di UKM lebih tertumpu di antara TSB dan Aspirasi. Semua calon TSB memenangi kerusi MPP berbanding dengan calon G9 yang tewas di semua kerusi. Manakala Calon IPU menang di lima kerusi fakulti.

Sejumlah 498 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dipertandingkan dalam pilihanraya kampus sesi 2005/06 iaitu 135 kerusi umum dan 363 kerusi fakulti. Keseluruhannya, sejumlah 653 orang calon telah bertanding dalam pilihanraya kampus sesi 2005/06. Sejumlah 563 orang calon aspirasi bertanding dalam pilihanraya kampus. Mahasiswa pro pembangkang hanya menawarkan hanya 90 orang calon. Pro aspirasi memenangi 491 kerusi. Mahasiswa pro pembangkang menang 9 kerusi sahaja. Selamat bertugas kepada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden, Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

About me

  • harimau_hitam@yahoo.com
My profile

Previous posts

Archives