« Home | Typhoon Aspirasi Melanda Kampus » | Jangan tarik muka. » | Aspirasi Pilihan Perdana »

Mencari Uslub, Hentikan Terista

Islam beremosi terista sejak kejatuhan Empayar Uthamaniyah, Turki tanggal 3 Mac 1924. Dukacitanya berpanjangan, sengsaranya berkesinambungan. Sejak kejatuhan awal Umayyah di Andalusia pada 2 Januari 1492 lagi. Airmata, darah, kemiskinan, kejahilan dan kegelapan menjadi detergen umat. Kontemporarinya, kuantiti umat Islam kini 1.27 bilion daripada keseluruhan 6,464,616,660 bilion orang penduduk dunia. Islam dianuti oleh 20.3 % daripada 6. 4 bilion orang manusia. Sejumlah 51 buah negara Islam. Keluasan negara-negara Islam merentasi 32.3 juta persegi bumi ini. Di Malaysia terdapat kira-kira 15 juta orang umat Islam.

Sepintas lalu, seorang daripada 5 orang yang kita temui dalam dunia ini adalah orang Islam. Penganut agama Islam meningkat kira-kira 235% dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini. Agama Islam sudah menjadi agama yang kedua terbesar dianuti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

Ikhtisarnya hari ini, pemimpin-pemimpin Islam masih lagi mengheuristik uslub terbaik untuk mengembalikan semula muhtasyam umat. Tiada mekanisme yang ittifak untuk hentikan masghul umat. Umat Islam miruk pada Barat. 6 November 2001, dengan angkuhnya Bush memberi kata dua “Kamu sama ada bersama kami atau menentang kami”. Rentetan runtuhnya dua menara berkembar World Trade Centre. Ungkapan ini disimetrikan merujuk kepada nas Injil yang mengatakan “Sesiapa yang tidak bersamaku adalah musuhku” Bush bersikap pseudo-adherents dalam interprestasikan nas ini.

Bush menuduh orang Islam bertanggungjawab atas serangan 11 September 2001. Sedangkan ianya bertentangan dengan ajaran Kristian kerana agama Kristian tidak menggalakan keganasan. Dalam Bible tertintanya tulisan 'Gospel of Love'. Tercatat dalam Bible menurut Matthew, Jesus mengatakan, " Kasihanilah musuh kamu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu " kepada penganutnya (Matthew, 5/44). Menurut Luke pula, Jesus mengungkapkan "Jika seseorang memukul pipi kamu, balaslah dengan cara yang lain" (Luke, 6/29). Merujuk kepada bahagian New Testament pula tidak ada langsung rujukan yang melegitimasi keganasan.

Bush tetap mahu untuk mengganas. Menyerang Afghanistan sebagai balasan, bayaran dendam 11 September 2001. Kekuatan Islam tertunjal keluar dengan kata dua Bush. Tangan kanan melihat sahaja tangan kiri kena cubit, dibelasah dan dilahap mentah-mentah oleh karnivor berbintang lima. Afganistan lunyai, Iraq terkulai dan Palestine terus dilanyak. Isi kandungan sistem kepercayaan Kristian adakalanya boleh diseleweng oleh penganutnya yang palsu (pseudo-adherents). Buktinya ketika zaman kegelapan dalam sejarah Kristian, ajaran Kristian telah diputarbelitkan oleh tentera perang salib. Inilah yang dilakukan Bush sekarang ini.

Di New York sahaja ada terdapat sejumlah 140 masjid, California 227 buah, Texas 67 buah masjid. Semuanya terbina 1,209 masjid di seluruh Amerika. Sejumlah kira-kira 7 juta umat Islam di seluruh Amerika, iaitu kira-kira 2.3% daripada keseluruhan 297,081,271 juta orang penduduk Amerika Syarikat.

Umat Islam Amerika Syarikat lebih besar dan ramai bilangannya berbanding Kazakhstan 6.9 juta, Guinea 6.5 juta, Azerbaijan 6.1 juta, Cote d'Ivoire 5.9 juta, Libya 5.2 juta, Tajikstan 5.2 juta, Burkina Faso 5 juta, Jordan 3.6 juta, Syria 3.5 juta, Cameroon 3.1 juta, Turkmenistan 3.1 juta, Chad 2.9 juta, Ghana 2.8 juta, Kyrgyzstan 2.8 juta, Palestine 2.4 juta, Mauritania 2.3 juta, Mozambique 2.3 juta, Sierra Leone 2.0 juta, Bosnia 1.8 juta, Serbia 1.8 juta, United Arab Emirates 1.8 juta, Lebanon 1.7 juta, Oman 1.7 juta, Malawi 1.5 juta, Tanzania 1.5 juta, Albania 1.4 juta, Bulgaria 1.3 juta, Brunei 1.2 juta, Kuwait 1.2 juta, Benin 950,000 orang, Gambia 940,000 orang, Togo 850,000 orang, Macedonia 590,000 orang, Bahrain 510,000 orang, Comoros 510,000 orang, Guinea Bissau 490,000 orang, Qatar 470,000 orang, Djibouti 450,000 orang, Singapore 440,000 orang, Liberia 400,000 orang, Maldives 250,000 orang, Mauritius 190,000 orang, Sahara 130,000 orang, Suriname 100,000 orang, Cyprus 40,000 orang dan Gibraltar 3,000 orang Islam. Bertebarannya umat Islam di merata cerok dunia tetapi tidak perkasa secara maksimum berbanding kuantitinya yang ramai. Dari masyrik hingga ke barat, kemasghulan membelenggu umat.

Secara kontranya, Yahudi berjumlah 7.2 juta orang sahaja di Amerika Syarikat. Jumlah ini mewakili 2.42% peratus jumlah penduduk Amerika. Tetapi memonopoli 25% kekayaan Amerika Syarikat. 20,000 orang Israel bermigrasi ke Amerika setiap tahun. Semasa pentadbiran Clinton, 42 % kabinetnya ialah Yahudi.

Tatkala New Orleans dihembus Katrina, 10,000 orang terkorban. Tindakan dua buah badan sosial muslim Amerika iaitu American Muslims for Emergency & Relief (AMER) dan American Muslim Association of North America (AMANA) membantu mangsa-mangsa taufan Katrina wajar dipuji. Usaha ini membuktikan bahawa Islam adalah agama sejagat dan membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan. Emir Sheikh Hamad Ben Khalifa Al Thani, Menteri Luar Qatar telah menyampaikan sumbangan 100 juta USD kepada Amerika Syarikat sebagai bantuan taufan Katrina. Sumbangan ini telah mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld yang menyatakan bahawa “Qatar ialah negara yang penting dan rakan pertahanan yang cukup bernilai kepada Washington.” Luahan ini dinyatakan oleh Donald Rumsfeld berikutan terdapatnya pangkalan tentera Amerika Syarikat yang paling besar di Timur Tengah beroperasi di Qatar. Pangkalan itulah yang digunakan Amerika Syarikat untuk melanyak umat Islam Iraq.

“Ketahuilah bahawa manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu yakni agama Allah (Islam). Kemudian dengan sebab mengikut hawa nafsu syaitan, mereka berselisih” Surah Yunus, ayat 19.

Umat Islam paling ramai di Indonesia sejumlah 182.2 juta, Pakistan 146.9 juta dan Bangladesh 116 juta orang. Jumlahnya ramai tetapi ekonominya belum stabil. Orang Islam terdapat juga di United Kingdom 1.6 juta orang, France 5.8 juta, Germany 3 juta, Russia 16 juta, Italy 1 juta, China 29.1 juta, Turkey 61 juta dan India 109.6 juta orang tetapi masih lagi tidak mushtasyam dan dibelenggu emosi terista. Benarlah bahawa pada akhir zaman umat akan berpecah kepada 73 puak.

Apakah uslub terbaik untuk menyatukan kesemua umat Islam agar semuanya terselamat dan muhtasyam tercapai secara lebih inklusif dan kolektif. Apakah uslubnya ?.
Tiada ayat yang menyebut perkataan uslub dalam Al-Quran. Namun permahamannya dapat diertikan dalam firman Allah S.W.T yang memerintahkan manusia menyeru ke jalan Allah S.W.T.

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." Surah Al-Nahl, ayat 125

Diperintahkan supaya sentiasa berdakwah secara hikmah untuk mewujudkan hasanah di kalangan komuniti umat. Agar umat tidak terjurus ke jalan yang sesat. Ini adalah uslub untuk penyampaian ucapan, cadangan, percakapan dan tindakan membetulkan pandu arah umat ke arah siratul mustakim. Apakah panduan uslub yang berhikmah ini. Tentunya berimamkan Al-Quran.

Sabda Nabi Muhammad SAW
“Telah ku tinggalkan buat kamu Kitab Allah. Kitab yang tidak lekang oleh panas, tidak lapuk dek hujan. Di sana ada berita berkaitan masa lalu, dan masa akan datang. Al-Quran adalah tali Tuhan yang telah terhulur dari langit ke bumi”

Al-Quran adalah tali Tuhan yang terhulur dari langit ke bumi ini untuk umat Islam. Bantuan Allah SWT dari langit. Tiada lagi kerajaan langit yang lebih agung melainkan kerajaan Allah SWT. Kerajaan langit Ayah Pin, runtuh sekelip mata ditolak bulldozer. Tidak kekal. Rahsia kitab suci ini belum dibongkar sepenuhnya. Maksud yang tersurat dan tersirat di dalamnya ada yang belum terjawab secara tuntas. Ada cerita masa lalu dan cerita masa depan. Umat Islam dianjurkan bukan sekadar membaca Al-Quran sahaja. Tetapi perlu tekun menelaah jis-jis yang tersembunyi di sebalik 6,666 ayat Al-Quran. Inilah uslub permulaan untuk mencapai al-falah umat. Mengikut penemuan cerapan Mathematical Miracle Of Quran, kalimah syahadah disebut 29 kali, solat diulang-ulang sebanyak 67 kali, 13 kali berkenaan puasa, zakat 32 kali dan berkaitan haji 5 kali dalam kitab suci Al-Quran. Semuanya punyai erti yang tersembunyi dan belum ditafsir sepenuhnya secara intelektual.
Hadith At-Tarmizi, sabda Rasullullah SAW
“Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan”

Kerana harta umat bersengketa. Adik beradik menjadi seteru. Sebangsa pun bergaduh. Seagama sanggup berbunuh. Menjadi berpuak-puak untuk mendapatkan kekayaan. Tiada lagi rasa syafakat pada syarik. Natijahnya, tamak boleh menjadikan umat lemah, akibat sengketa sesama sendiri. Harta, duit dan kekayaan sebenarnya adalah tools untuk mencapai muhtasyam. Tetapi jangan sampai manusia pula menjadi hamba abdi kepada harta. Manusia patut menjadi tuan kepada harta. Bukan menyembah dan menjadikan harta sebagai topekong.

Hadtih Tabrani, Firman Allah SWT
“ Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya”

Bangsa mana yang menyangka, orang Melayu akan berjaya menjadi pemimpin negara-negara Islam dan negara-negara berkecuali sekarang ini. Kalau dirunut sejarah, Mat Salleh tidak menyangka bangsa yang dahulunya memohon kemerdekaan daripada mereka kini sudah menjadi presidium bagi dua pertubuhan signifikan dunia. Bangsa yang dahulunya diuji dengan beberapa siri penjajahan oleh Portugal, Belanda, Britain dan Jepun kini sudah boleh berjaya dalam masa yang singkat. Hanya 48 tahun sahaja. Sesudah diuji beratus tahun, akhirnya dibalas dengan nikmat kemerdekaan. Apakah suara wajar umat setelah mendapat kemerdekaan ?. Suara syukur yang wajar terpancul dengan iringan doa kepada Yang Maha Esa.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“Doa adalah senjata mukmin dan tiang agama serta sinaran cahaya yang menerangi langit dan bumi”
( Hadis Riwayat Abu Ya’la )

Ujian terista masih lagi membelenggu umat Islam di Iraq, Afganistan, Somalia, Sudan, Pakistan dan Bosnia yang mana negara-negara ini tergolong dalam negara yang paling berisiko di dunia. Umat Selatan Thailand juga dalam perasaan terista. Dugaan untuk menguji kesabaran umat. Fikrah perlu sentiasa ikthiar, melawan syar untuk hentikan terista umat.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji”
Surah An-Ankabut, ayat 2 dan 3.

Lamanya kita dibelenggu terista di Tanah Melayu ini. Alhamdulillah, sudah bertuan di tanah sendiri. Tapi belum muhtasyam secara global lagi. Melayu Islam berkuasa di bumi Malaysia, Indonesia dan Brunei. Selesai sahaja pilihanraya, Demokrat dan Republikan akan bersatu padu merancang agenda Amerika Syarikat untuk menawan ekonomi dunia dan memakan siapa untuk mengenyangkan perut mereka. Sedihnya di negara kita, pembangkang tidak membantu shoulder to shoulder pihak kerajaan untuk majukan negara Malaysia ini. Membangkang dan terus membangkang sampailah pilihanraya yang seterusnya. Kalau kalah dalam pilihanraya yang seterusnya pun, masih lagi membangkang. Itulah resmi pembangkang di Malaysia. Perlu bersama menyokong agenda baik seperti Islam Hadhari sebagai uslub pengurusan umat Islam di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan Wawasan 2020.

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” Surah Al-Ankabut, ayat 46

Berbahas dengan baik dan berbincang dengan berhikmah. Ini yang dianjurkan agar umat menjadi lebih kuat. Malah dengan Firaun pun digalakan berbincang dengan baik.

“Pergilah kamu berdua ( Harun dan Musa ) kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” Surah Taha, ayat 43-44.

Inilah pendekatan yang pernah dipraktikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berdialog dengan Bush berhubung soal keganasan. Mencari apakah punca terjadinya keganasan. Uslub ini diimplentasikan juga oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membawakan beberapa agenda penting negara, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Asean, OIC dan NAM di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-60 di New York pada 13 September 2005. Tidak perlu ghazwat, yang perlu ialah hikmah.

Terista ( kesedihan, dukacita ) bukannya ujian yang baru ke atas umat Islam. Malah Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah pun diuji dengan ujian kesedihan oleh Allah S.W.T. Digelarkan Tahun Kesedihan (Amul Huzn ) pada tahun sepuluh kenabian.

Syahadan, setelah Bani Hasyim bebas dari pemboikotan. Abu Thalib ( paman ) dan Khadijah binti Khuwailid, isteri Nabi yang selama ini menjadi pelindung dan pembela risalah kenabian telah meninggal dunia. Wafatnya Abu Thalib dan Khadijah telah memberikan tamparan yang hebat kepada emosi Rasullullah S.A.W. Ini kerana Abu Thalib telah banyak berkorban untuk Nabi. Ketika kaum Quraisy hendak membunuh Rasullah, Abu Thalib telah melindungi baginda Nabi. Sementara Khadijah pula, telah menginfakkan seluruh hartanya untuk perjuangan Islam ketika kaum Quraisy memboikot baginda Nabi secara ekonomi. Tahun 10 kenabian disebut oleh Rasulullah sebagai ‘amul huzn’ yang bererti tahun kesedihan kerana wafatnya dua insan pembela risalah kenabian.

Selepas Abu Thalib dan Khadijah wafat, kaum Quraisy mula menentang Rasullullah. Baginda telah pergi ke kota Thaif untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam. Tetapi penduduk Thaif menyambut Nabi dengan lemparan batu dan cacian. Hinggakan malaikat Jibril mendatangi Rasulullah dan meminta izin untuk menghukum mereka. Namun Rasulullah memilih uslub hikmah dengan berdoa “Ya Allah ampunilah kaumnya, kerana mereka tidak mengetahui kebenaran yang aku bawa.” Rasullullah bersabar dan memilih pendekatan hikmah dalam menangani ketegangan walaupun dalam keadaan terista.

Inilah tauladan yang ditunjukan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam berdakwah. Terista boleh dihentikan dengan uslub hikmah, perpaduan yang jitu di kalangan ummah dan berpreskriptif kepada ajaran imam ( Al-Quran ) serta mengikut sunnah baginda Rasullullah S.A.W. Memustahakan istiqomah, perancangan konstruktif dan sentiasa berkesinambungan untuk menjadi umat izzah. Jika tiada ketekunan, tidak akan ada hasil yang baik.

“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus” Surah Al-Maaidah, Ayat 15 dan 16

Insyallah, cahaya yang benderang kalau dicapahkan secara fokus untuk menerangi kegelapan, akhirnya akan berjaya menerangi lingkup yang dibelenggu kegelapan. Cuma antara mahu atau tidak sahaja kepada cahaya yang benderang. Kalau tidak mahu cahaya, gelaplah jawapannya.

Di Malaysia, seorang bayi lahir setiap 58 saat. Satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat. Setiap 5 minit dan 15 saat berlakunya migrasi daripada luar negara. Pekerja asing masuk ke bumi bertuah Malaysia untuk mencari rezeki. Setiap 59 saat pula berlakunya pertambahan seorang penduduk Malaysia. Betapa bertuahnya Malaysia yang merdeka. Anugerah illahi setelah sekian lama terista. Tatkala yang sama, terista masih lagi membelenggu umat Islam di penjuru dunia yang lain. Bilakah akan terhenti ?

Seorang budak yang menangis, mungkin boleh berhenti tangisannya dengan gula-gula. Semua pemimpin Islam sedang mencari-cari uslub terbaik sebagai istikmal hentikan terista umat. Biar pun belum tahu bila ketikanya ia akan terhenti. Prarasa bahawa umat akan kembali bermushtasyam sentiasa wujud. Maka uslub yang afdal perlukan elobrasi tindakan yang ampuh sebagai gula-gula untuk hentikan terista umat.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden, Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)