« Home | Kritis Tidak Salah » | Mencari Uslub, Hentikan Terista » | Typhoon Aspirasi Melanda Kampus » | Jangan tarik muka. » | Aspirasi Pilihan Perdana »

Suara Kiri Tenggelam

“Sebenarnya anasir-anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu-nunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan, tidak berlengah-lengah lagi dari menunjukan jalan untuk bertindak di masa hadapan, bertentangan dengan kepentingan negara. Selepas enam minggu sahaja dari Komunis dan pengkhianat-pengkhianat itu diringankan hukumannya pada 13 Oktober, Parti Buruh (Sosialis) telah mengistytiharkan yang mereka akan memulaukan pilihanraya yang hendak diadakan dalam tahun 1969” tulisan Tunku Abdul Rahman dalam bukunya Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969.

Tunku Abdul Rahman menyifatkan aliran sosialis adalah pelampau kiri dan dipengaruhi oleh Parti Buruh. Tunku menamakan Syed Hamid Ali (Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) sebagai pengkhianat yang berhasrat menghuru-harakan negara. Syed Hamid Ali terlibat bersama dengan dua orang wakil Parti Buruh memohon daripada Tunku untuk mengadakan perarakan mayat Lim Song Seng. Perarakan mayat “Pahlawan Merah” ini dikatakan antara punca utama meletusnya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

Kaedah suara kiri yang agresif, subversif dan provokatif semakin tenggelam. Genre aspirasi yang lebih mengutamakan kerasionalan, konstruktif dan matang lebih popular, bukan hanya di kalangan mahasiswa malah disukai juga oleh khalayak umum. Masyarakat tidak gemar lagi demonstrasi sebagai cara menyelesaikan masalah. Terdapat usaha untuk mengeksplotasi kemarahan rakyat melalui demonstrasi berikutan kenaikan harga minyak. Namun tenggelam. Rakyat sudah faham apa implikasi demonstrasi. Suara kiri hanya mahu menaguk di air keruh bukan menyelesaikan masalah.

DEMA yang mendominasi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kini di bawah pengaruh Tian Chua (Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional). Tian Chua pernah menjadi aktivis pelajar anti establishment di Australia. Tian Chua adalah pemimpin National Overseas Student Collective (NOSCA) pada tahun 1985. Tian Chua menjadi perancang menganjurkan demonstrasi menentang pengenalan yuran $250 untuk pelajar-pelajar yang belajar Australia pada 25 Mac 1987 di Sydney. Tian Chua mempunyai kaitan rapat dengan Australia Asia Worker Links (AAWL) semasa di Australia. Tian Chua mendapat sarjana dalam Employment and Labour Studies di Institute Of Social Studies (ISS), Den Hague, Netherlands. Mengasaskan Labour Resource Centre (LRC) di Malaysia pada 1996. Berdasarkan pengalaman berdemonstrasi, pendidikan dan keaktifan dalam organisasi buruh, tidak mustahil Tian Chua akan mendominasi Parti Buruh di Malaysia suatu hari nanti.

Keputusan pilihanraya kampus 2005/06 jelas menunjukan aspirasi menjadi pilihan mahasiswa di kampus. Suara kiri turut ditolak oleh rakyat di Terengganu dan Kelantan. Melihat jalan demonstrasi begitu mengugat kerajaan di Thailand dan Filifina. Cara demonstrasi seolah mengilhamkan sesuatu kepada suara kiri untuk mengembalikan semula pekikan. Suara kiri terdesak untuk kembali popular, jika tidak ekploitasikan kemarahan rakyat roh mereka akan terus tercabut. Demonstrasi yang sama cuba digunakan di Malaysia. Namun tenggelam. Rakyat tidak sanggup menangisi kembali peristiwa 13 Mei 1969. Mahasiswa tidak mahu melihat kelakuan Zainulfaqar Yaakob ke atas Kalam Azad Abu Bakar berulang kembali.

Imej Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) sebagai balaci kepada SMM perlu dibersihkan. Ahli-ahli PMI perlu sedar bahawa daie yang sebenarnya adalah secara hikmah. Imej Zainulfaqar Yaakob yang ganas harus ditanggalkan daripada PMI. Bebaskan diri daripada terikut dengan ajakan demonstrasi PAS dan Keadilan. Suara kiri sudah tenggelam, ideologi yang lebih bernas diperlukan untuk membangunkan aspirasi muda negara. Tetapi Abdullah Abdul Karim (Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar PAS) pastinya tidak akan jemu memburu ahli-ahli PMI baru untuk tujuan kaderisasi. Suara kiri makin pudar, jadi mereka terpaksa mencari kader baru sebagai pewaris. Jiwa perjuangan tidak akan kemana, malah akan tergendala dengan sifat taksub anti-establishment. Pemahaman perjuangan bangsa dan agama dilorongkan ke haluan yang tidak sepatutnya.

Alangkah baik jika bersama aspirasi. Banyak agenda yang boleh diperjuangkan secara kolektif. Bersama menjaga bangsa daripada ancaman musuh luaran seperi Yahudi. Menjaga ekonomi negara agar stabil dan tidak dirompak lagi oleh George Soros. Memastikan keamanan negara terpelihara. Tiada lagi 13 Mei kali kedua. Marilah bersama suara yang sedang bangkit.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)