« Home | Anak yang hijau » | Memahami Perubahan » | "Mahasiswa Baru" » | Musnahkan Virus Benci » | Kebajikan Fokus Utama » | Suara Kiri Tenggelam » | Kritis Tidak Salah » | Mencari Uslub, Hentikan Terista » | Typhoon Aspirasi Melanda Kampus » | Jangan tarik muka. »

Buka, tutup mulut

Seksyen 10, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menyebut larangan penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib Canselor. 31 Mac 2006, Akta ini dilanggar di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pengedaran risalah “Varsiti Ku Dicemari” oleh ISIUKM dan MAMPU. Selepas selesai sahaja Kongres Mahasiswa Melayu Kebangsaan 2006 (Konmmek) pada 4 Jun 2006, We Unite For Islam (WUFI) pula melanggar seksyen 10 di UIA dengan pengedaran risalah memfitnah aspirasi melalui penyalahgunaan logo REVO.

Tanpa peraturan atau dengan peraturan sekalipun mahasiswa pro pembangkang tetap juga melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sikap untuk melanggar sesuatu yang telah digazetkan menjadi peraturan tidak dapat dihalang. Walaupun dengan peraturan itu sendiri. Inilah trademark mahasiswa pro-pembangkang. Perjuangan AUKU oleh mahasiswa pembangkang adalah satu retorik. Sekadar untuk meraih populariti dan nama. Inilah objektif utama mereka untuk memperjuangkan isu AUKU.

Berikut adalah beberapa rentetan dan ruang demokrasi yang telah diberikan kepada mahasiswa pro-pembangkang untuk bersuara. 15 Jun 2006, Utusan Malaysia, Mohd Radzi Zawawi (Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) telah menulis surat bertajuk “PMIUM syor langkah bantu jayakan modul kemahiran berkomunikasi”. Tulisan Mohd Radzi bertajuk “Ketrampilan diri syarat dapat kerja” juga disiarkan dalam Berita Harian. Seorang lagi yang berjawatan sebagai Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya iaitu Mohd Ashrof Zaki Yaacob turut menulis pendapat bertajuk “Dialog betulkan salah tanggapan tamadun Barat, Islam” pada 23 Jun 2006 dalam Utusan Malaysia.

Mohd Hanif Baderun (bekas Yang Dipertua, Persatuan Mahasiswa Islam Univesiti Malaya dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, GAMIS) telah menulis beberapa pendapat dan disiarkan secara demokrasi dalam Utusan Malaysia. Pada 30 Disember 2006, dengan tulisan bertajuk “Kriteria Utama Memilih Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor” dan 18 April 2005 dengan pendapat bertajuk “Kesan Penglibatan Tidak Sihat Artis”. Malah Hanif Baderun turut dipopularkan oleh Utusan Malaysia dengan tajuk “Remaja perlu ada sifat kepimpinan” sambil berbaju belang merah bertulis “Campus Style” pada 14 Januari 2006. Selepas itu muncul pula seorang yang lebih popular dan aktif berbanding Hanif dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), sebuah pertubuhan haram iaitu Zainulfaqar Yaacob (bakal bergraduan, bekas pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) pada 11 Mac 2006. Juga dalam ruangan Sigap, Utusan Malaysia.

Tidak timbul lagi soal AUKU menutup mulut untuk bersuara dan mengikat tangan untuk menulis. Hak asasi sudah ditunaikan. Cuma apa yang dikesalkan ada juga tangan dan kaki yang masih tidak menghormati hak asasi. Sanggup menumbuk dan memukul orang untuk memuaskan hak asasi jemaah. Sepatutnya hak asasi ummah yang wajib dihormati bukannya “jemaah centric”.

Amat mengejutkan, bila Haji Hadi Awang (Presiden PAS) seolah-olah secara berterus terang mengalakkan demonstrasi jalanan dan mempertahankan tindakan membaling batu ke arah pasukan keselamatan pada 9 Jun 2006 dalam Muktamar Tahunan PAS ke-52 di Markas Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Kedah. Apakah ini bertepatan dengan tajuk yang disampaikan iaitu ‘Memulihkan Demokrasi dan Mendaulatkan Islam’?. Apakah seruan ini bertujuan untuk memprovokasikan golongan muda untuk bertindak lebih agresif dan radikal terhadap mereka yang dianggap tidak mendaulatkan Islam?

Jika benar, maka tidak hairanlah Zainulfaqar Yaacob, Khairul Annuar Mat Zuki (Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan) dan Gadafi Husin (bekas komando PMI, Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Cawangan Tengah di Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi) sanggup memukul dan membelasah Kalam Azad Abu Bakar (pegawai kontrak HEP, Universiti Malaya) di Masjid Negara dan bangunan SUHAKAM pada 20 Januari 2006. Pada 28 Mei 2006, Taufiq Kamaruddin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM sesi 04/05, pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan UPM), anak didikan PAS telah bersubahat sama memukul Hamdi Hanapi (wartawan Akhbar Mahasiswa) bersama-sama dengan beberapa demonstran pembangkang ketika PAS menganjurkan demonstrasi kenaikan tarif elektik di luar Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Inilah akibat seruan seorang presiden parti yang menggunapakai nama Islam. Cukup mengecewakan umat islam yang lain.

Apakah Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) tidak tahu seruan Haji Hadi Awang ini merosakkan imej Islam? Apakah Taufiq Kamaruddin dan Zainulfaqar Yaacob tidak tahu bahawa tindakan mereka itu menjejaskan nama gerakan Islam yang mereka perjuangkan? Atau apakah ini dianggap sebagai jihad? Mungkin sengaja atau tidak, apa yang pasti demokrasi yang cuba dibawakan oleh gerakan ini amat membimbangkan. Baik kepada komuniti masyarakat umum ataupun mahasiswa.

Lebih mengejutkan, apabila seorang pemimpin pertubuhan belia Islam seperti Yusri Mohamad (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM) bersama-sama dengan Su Keong Sing (ADUN DAP, Pasir Panji, Perak), Loke Siew Fook (ADUN DAP, Lobak, Negeri Sembilan), Nga Kor Ming (Ketua Pemuda DAP, ADUN DAP Pantai Remis, Perak) bersetuju untuk menyokong pemansuhan AUKU dalam Bengkel Mansuhkan AUKU anjuran pemuda DAP di Dewan Perhimpuan Cina Selangor pada 11 Februari 2006. DAP telah mendesak supaya seksyen 15, 14, 9, 4C dan 13 dimansuhkan. Soh Sook Hwa (DEMA USM) turut hadir bersama. Kenapakah Yusri Mohamad tidak mempertahankan AUKU dan perlu tunduk kepada desakan DAP?. Bukankah AUKU itu sendiri berjasa dalam melahirkan ramai graduan bumiputera yang berjaya dalam pelbagai bidang. Apakah ABIM telah diperkudakan oleh DAP?

Soh Sook Hwa (bekas Presiden Persatuan Bahasa Tionghua USM) telah memfailkan permohonan mencabar AUKU di Mahkamah Tinggi, Wisma Denmark, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2005. Mencabar atas alasan AUKU bercanggah dengan hak asasi manusia, setelah didenda RM200 oleh USM pada 2 Disember 2004 kerana terlibat berkempen untuk Tian Chua (Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat) dalam pilihanraya ke-11. Apakah tindakan menumbuk dan mencederakan orang lain tidak bercanggah dengan hak asasi manusia? Apakah betul tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) membantah AUKU di Putrajaya pada 25 Januari 2006 dengan cara mengusung patung yang bertali leher tanpa kepala?. Apakah ini budaya masyarakat kita?

Tindakan mengecam sesuatu peraturan seperti AUKU sebagai zalim oleh gerakan mahasiswa pro-pembangkang tidak sepatutnya diadakan. Ini kerana, ruang kebebasan untuk mereka menyatakan sesuatu sudah diberikan seluas-luasnya. Bayangkan betapa adilnya satu peraturan apabila sebuah pertubuhan haram seperti GAMIS telah diberikan tempat dalam siaran Buletin Utama TV3 untuk menyatakan pendapat berhubung isu 121(1A). Bayangkan betapa adilnya satu peraturan yang tidak menggantung atau mendenda sedikit pun seorang pelajar yang menumbuk seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar. Pelajar ini akan menerima ijazah dalam majlis konvoskesyen tidak lama lagi. Keadilan bagaimana lagi yang perlu dicari?.

Betapa demokrasinya satu peraturan yang membenarkan Mohd Nazree Mohd Yunus (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Timbalan Exco Tugas-tugas Khas MPPUM 2005/06) berceramah selama hampir 1 jam di kolej kelima, Universiti Malaya tanpa perlu memohon sebarang kebenaran pihak Universiti. Mohd Nazree Mohd Yunus juga adalah bekas Pengerusi Kor Sukarelawan Siswa Polis (Suksis) pada 2004/05. Kenapakah Mohd Nazree membiarkan sahaja budaya agresif menjadi pilihan rakan-rakan jemaah lain seperti Khairul Annuar Mat Zuki dan Zainulfaqar Yaacob?. Bukankah tindakan ini bercanggah dengan apa yang diajarkan dalam Suksis?.

Puteri PAS (NISA) pernah menghantar dua orang exconya iaitu Affaf Alwi dan Asiah Ishak ke Mesir untuk mengkaderkan mahasiswi di sana pada 23 Oktober 2005. Dalam kunjungan 9 hari ini, NISA juga berjumpa dengan PMRAM. Apa yang dibimbangi, apakah selepas ini kita akan mendengar kisah siswi Akademi Pengajian Islam dalam kejadian tarik menarik rambut atau menumbuk seorang siswi yang bertudung tiga segi biasa? Perkaderan ini berlaku juga di universiti tempatan. Diharapkan Nurul Izzati Che Husin (pelajar tahun 3, Fakulti Sains Pendidikan Universiti Malaya) yang memimpin siswi Gagasan di Universiti Malaya tidak memukul pegawai HEP selepas ini. Diharapkan Tan You Keong (pelajar tahun 3, Fakulti Kejuruteraan UM) yang menjadi Presiden UMANY tidak terikut-ikut dengan seruan Haji Hadi Awang untuk membaling batu kepada Suksis bila pilihanraya kampus nanti.

Walaupun PMI mempunyai Briged dan komando terlatih seperti Gadafi Husin, Mohd Nazree Mohd Yunus sebagai bekas Pengerusi Suksis tidak seharusnya mencontohi tindakan subversif Zainulfaqar dan Khairul Annuar Mohd Zuki. Kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan kritikan telah diberikan seluas-luasnya dalam akhbar perdana. Jangan menggunakan tangan tersebut untuk menumbuk orang lain yang tidak berdosa. Andai kata, Mohd Nazree Mohd Yunus dilantik mengetuai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Apakah Mohd Nazree akan mengulang kembali upacara mengusung patung bertali leher tanpa kepala dan mengusung keranda dari Masjid Negara ke Bangunan SUHAKAM?

Tunggu dan lihat, apakah Mohd Nazree sebagai bekas Pengerusi Suksis dan Mohd Ashrof Zaki Yaacob akan bertindak lebih agresif untuk memenangkan gerakan mahasiswa pro-pembangkang di Universiti Malaya atau berani ingkar pada arahan naqib untuk tidak bertindak agresif? Sanggupkah mereka untuk tidak bersetuju dengan gerakan DEMA yang dipimpin oleh Ginie Lim (seorang yang menyokong Ayah Pin secara terbuka)?.

Biarpun peraturan itu adil kepada mereka. Tetapi bagi yang sudah berfikiran benci kepada peraturan. Mereka tetap juga membangkang. Ia dibuat semata-mata untuk memuaskan hati pihak lain yang suka melihat mahasiswa menjadi pembangkang. Biarpun mulut mereka telah dibuka seluas-luasnya, tetapi lidah mereka masih berkata tutup.