« Home | SMM ditarik hidung » | Buka, tutup mulut » | Anak yang hijau » | Memahami Perubahan » | "Mahasiswa Baru" » | Musnahkan Virus Benci » | Kebajikan Fokus Utama » | Suara Kiri Tenggelam » | Kritis Tidak Salah » | Mencari Uslub, Hentikan Terista »

Teruskan Kesinambungan Perubahan

21 September 2006 adalah tarikh yang penting dalam sejarah kampus pada tahun ini. Satu tarikh di mana berlakunya pemilihan secara besar-besaran di 17 IPTA untuk memilih siapakah calon MPP yang bakal meneruskan tampuk Majlis Perwakilan Pelajar di universiti masing-masing.

Apa yang lebih penting ialah untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan aspirasi yang sedia ada pada tahun hadapan. Inilah asas utama kenapa pengundi perlu memilih aspirasi sebagai ahli MPP. 28 September 2005 menyaksikan bagaimana MPP seluruh 18 IPTA dikuasai oleh aspirasi universiti dan kerajaan.

Pada tahun lepas, pro pembangkang telah memboikot piliharaya kampus dengan dakwaan tiada demokrasi di kampus. Tahun ini mereka bertanding dalam sistem yang mereka dakwa telah mati demokrasinya. Jika menang pun mereka akan tetap berkata demokrasi masih lagi mati di kampus. Jadi apakah sebenarnya yang mereka mahukan?

Di UPM dan USM, DEMA atau GMM dan SPF menjadi penggerak kepada kumpulan pro-pembangkang di sana. Mereka terdesak untuk menang di dua universiti ini hinggakan terpaksa menggunakan isu yang agak sensitif dan menganggu gugat perpaduan sesama pelajar. PMI pula memainkan peranan di UM, UIA, KUSTEM, KUIM dan UKM untuk menawan beberapa kerusi penting di fakulti dan merebut satu dua kerusi di kawasan umum. Inilah yang terdaya di lakukan oleh pakatan pro pembangkang ini untuk pilhanraya kali ini. Sebagai membalas kembali kekalahan 18-0 mereka kepada aspirasi pada tahun lepas. Pada tahun ini, keputusannya masih akan sama.

Pelajar mesti mempergunakan hak anda sebagai pengundi dengan sebaiknya. Inilah masanya untuk memilih pemimpin di kampus. Memilih mereka yang boleh mewakili hak anda. Memilih mereka yang boleh memperjuangkan kebajikan anda di kampus. Kumpulan pro pembangkang tidak akan membela apa-apa pun untuk pelajar kampus jika mereka terpilih sebagai MPP. Sejak dahulu hingga sekarang mereka hanya memperjuangkan kepentingan parti politik di luar. Apa yang dimahukan oleh parti politik luar, itulah yang akan dilakukan oleh kumpulan pembangkang ini di dalam universiti. Pembangkang hanya mahu pangkalan atau tapak mereka sahaja di universiti. Ringkasnya, mempergunakan pelajar untuk tujuan politik.

MPP ialah wadah pelajar universiti. Tidak wajar bagi mana-mana pihak menunggang MPP sebagai wadah politik mereka di kampus. Bagi kumpulan pro pembangkang mereka mahu melatih sebanyak mungkin pemimpin pelapis pembangkang sejak di kampus lagi. Inilah matlamat mereka mendekati dan mendampingi pelajar di kampus. Islam tidak mengajar kita untuk menjadi ganas, subversif dan bertindak di luar kawalan.

Islam juga tidak mengajar kita untuk menilai keislaman orang lain menurut rasa dan kehendak hati kita sahaja. Apa yang berlaku di kampus sekarang amatlah menyedihkan bila sesetengah pihak yang mendakwa mereka adalah lebih beragama berbanding pihak lain yang tidak berlabel Islam. Perkara ini perlu diperbetulkan. Jika tidak samalah strateginya seperti parti politik di luar sana.

Aspirasi universiti yang memperjuangkan hak dan suara mahasiswa perlu diteruskan kesinambungannya. Wilayah universiti yang aman damai harus dipertahakan keadaanya daripada pihak-pihak yang berniat mengganggunya. Agama Islam yang murni harus dipertahankan nilainya daripada menjadi alat oleh pihak-pihak lain untuk kepentingan politik semata-mata.

Negara ini harus dibangukan bersama-sama dengan aspirasi nasional yang lebih bersepadu oleh kalangan pelajar sekalian. Secara bersama dan bermuafakat membangunkan negara ini bukannya secara demonstrasi, jeritan dan pekikan di atas jalanraya.

Kesinambungan aspirasi perlu diteruskan. Undi aspirasi adalah perlu untuk kelangsungan kecemerlangan yang bertradisi ini. Untuk universiti, negara, bangsa dan agama. Aspirasi adalah pilihan yang paling tepat pada 21 September 2006. Turunlah mengundi beramai-ramai. Tunaikan tanggungjawab anda kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain.
Apa yang pasti, pengisian kemenangan dan mempertahankan kesinambungan itu amatlah sukar bagi mereka yang tidak bersungguh tetapi segalanya akan bermakna seluruh jiwa diberikan sepenuhnya kepada tanggungjawab yang diberikan. Selamat bertugas.